5 Jan 2013

kerana dia seorang ayah :)


story ni act aku copy . aku tertarik nak share :) samasama kita buat jadi pengajaran .

KERANA DIA SEORANG AYAH [Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian]

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

oleh: Hamba Allah


*selagi mereka masih ada cuba untuk memahami . cerita ni pun pesanan untuk diri sendiri jugak :") 



3 Jan 2013

rindu :(


jeng jeng jeng :) lagu dah tuka . macam mana best tak ? tak best ? k fine. dah dua minggu masuk kelas . classmate okay je semua . nasib baik . fuhhhh ! tapi sangatsangat rindukan classmate lama . masa form 6 . berbezanya classmate sekolah dengan kat poli nie . tak boleh ada sifat kebudakbudakkan lagi . ishhhh ! dah 19 nak budakbudak menda lagi . ehhh sukahati lah . baru nampak macam muda lagi kan kan kan :) dulu kalau kat kelas mulut aku pot pet pot pet . kat sini hambuihh kemain lagi senyap bising kadangkadang je . kekok gamaknye . tak biasa lagi . ataupun aku memang akan jadi pendiam kot . muahaha .. betul pesan mak sedara aku kawan dekat poli lain macam dekat sekolah . mulamula masa dia cakap aku cume cakap ohh okay . tapi sekarang aku dah rasa sendiri . nasib roomate baik belaka . *bangga lettew kalau deorang baca . bila rindu dah sampai klimaks mula la rasa nak bali melonjak lonjak . ohhh memey lambat lagi 5 minggu lagi . lambat nyeeee .. rindu kat family, kawankawan aku . macam mana lahh kelas deorang sekarang . adakah sunnyi tanpa aku . hewhew :3 mastura !!! aku rindu kau gilagila . aku terharu super dupper kau datang rumah aku nak g makan sizzling dengan sabila . malam ni aku nak call sabila . yeah ! macam mana hidup dia kat melaka tu . ade jumpa sizzling tak . hewhew . *macam melalut je entry kali ni.
macam mana dengan tikah . dia dah lah tinggal sorang pengawas melayu perempuan . *bayangkan kejap . errr :/ seram . pika , wawa , ika .. errr macam mana okay ?? rindu nak sembang dengan korang yang sembang tanak cico gebang sampai mambang . aku harap balik ni aku dapat jumpa korang lagi untuk shopingg *err maybe .
PLANETERIUM MELAKA
*ENTAH BETUL ENTAH TAK

KITE PUSING2 KAT KAMPUNG MAS *ORG ASLI
KAT MELAKA JUGAK MASA NI :"(
   


sabila mesti rindu kat kite kan . hewhew . banyak kenangan kita kat sane . sampai masammasam muka. dok gosip kat river cruise .hewhew . sudahlah . nak pergi kelas nie . melalut kang orang marah je . ni pun entah ada yang baca entah tidak :"( yang pasti aku rindu kemanusian B dan korang dah jadi senior . wahhh tahniah ! haha